Thursday 28 June 2012

DIANE-35: Pil Perancang untuk Kecantikan...Selamat Ker?


Baru-baru ini saya terbaca di dalam surat khabar, yang memperkatakan tentang ubat hormon atau pil perancang yang digunakan untuk merawat masalah jerawat. Di dalam artikel itu, penulis menunjukkan kebimbangan mengenai keselamatan atau kesesuaian penggunaan ubat tersebut. Jadi saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi mengenai penggunaan ubat hormon atau pil perancang sebagai ubat merawat masalah acne atau jerawat.

Ubat yang selalu digunakan untuk tujuan ini dikenali sebagai Diane-35. Ubat ini mengandungi dua bahan aktif iaitu cyproterone dan ethinyl estradiol. Cyproterone tergolong dalam kumpulan antiandrogens manakala Ethinyl Estradiol pula adalah dari kumpulan estrogen. Gabungan bahan ini digunakan mengawal kitaran hormon kulit agar jerawat dapat di halang.Sebelum kita pergi lebih mendalam apa kata kita kenali dulu apa itu jerawat.


BAGAIMANA JERAWAT TERJADI?
Jerawat atau acne berpunca dari ketidakseimbangan kulit. Tiga faktor penyebab ketidakseimbangan ini iaitu
1) Jangkitan kuman- menyembangkan radang pada kulit
2) Penghasilan sebum yang banyak oleh kulit- proses ini dikawal oleh beberapa hormon seperti androgen yang meningkatkan penghasilan dan rembesan sebum; menyebabkan kulit berminyak.

3) Hormon yang tidak seimbang- Hormon androgen menyebabkan sumbatan pada follikel roma, akibatnya 'comedones' terhasil.



Radang kulit merupakan penyebab utama penghasilan jerawat atau acne ini.





B. Folikel roma yang tersumbat oleh cells squamous yg tak normal (disebabkan hormon)

C. kelenjar Sebaceous menjadi hyperactive, membengkak. (radang) , 'Comedones'

D& E. kelenjar semakin membengkak dan jangkitan kuman (seperti Propionibacterium acnes) membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

Kesimpulannya Jerawat terjadi hanya kerana hormon adrogen yang tidak seimbang malah berlebihan.






BAGAIMANA DIANE 35 MEMBANTU DALAM RAWATAN JERAWAT atau ACNE?

Pengambilan ubat Diane 35 akan membantu mengawal kitaran hormon adrogen yang mempunyai kesan yang besar terhadap pertumbuhan Jerawat. Sebelum ini ada saya nyatakan yang kandungan ubat Diane 35 adalah  cyproterone dan ethinyl estradiol, cyproterone adalah anti-adrogen dan ethinyl estradiol pula adalah estrogen. Dengan menghalang adrogen dan mengekalkan tahap estrogen yang normal, penghasilan dan rembesan sebum dapat dikurangkan. Tanpa androgen, kulit akan menjadi kurang berminyak dan tiada penghasilan comoden dari folikel yang tersumbat. Namun untuk menghalang jangkitan kuman, antibiotik perlu diambil. Oleh yang demikian, selalunya Diane 35 diambil bersama antibiotik seperti Doxycycline atau clindamycin, untuk merawat jerawat dengan lebih berkesan.


ADAKAH SEMUA ORANG BOLEH MENGAMBIL DIANE 35?

Seperti dengan ubat-ubatan yang lain, pengambilan Diane terhad kepada pesakit tertentu, dan sebelum memulakan rawatan sila hubungi atau berjumpa dengan Doktor anda. Kepada pesakit-pesakit yang mempunyai penyakit serti di bawah pengambilan Diane 35 mungkin memberhayakan.
  • alahan kepada cyproterone atau ethinyl estradiol atau bahan lain dalam ubat ini
  • Sekiranya atau disyaki mengandung
  • sejarah penyakit hempedu/ demam kuning
  • Menghidapi penyakit hati atau kanser hati
  • Masalah penglihatan disebab penyakit pembuluh darah
  • Menghidapi atau pernah dirawat sebagai pesakit pembuluh darah atau sistem pembekuan darah.
  • Masalah pendengaran ketika mengandung
  • Disyaki atau menghidapi barah payudara
  • Disyaki atau menghidapi barah yang berkait rapat dengan estrogen
  • Penyakit kencing manis dengan komplikasi pembuluh darah
  • Pendarahan dari vaginal yang tidak dapat didiagnos.
BAGAIMANA MENGAMBIL DIANE-35?

Pengambilan pil Diane 35 mestilah diambil pada hari pertama period atau haid. Pil Diane diambil sebiji satu kali sehari dan WAJIB diambil pada waktu yang sama. Ubat ini diambil untuk kitaran selama 28 hari, ianya mempunyai 21 biji, di mana 7 hari semasa tiada pil, pendarahan akan berlaku (haid).
Jika berlaku pendarahan semasa 3 minggu waktu pengambilan pil, sila hubungi Doktor anda.
Jika tiada pendarahan berlaku semasa 7 hari tanpa pil, sila hubungi Doktor anda.
Sekiranya anda terlupa untuk mengambil pil pada waktu yang ditetapkan; sekiranya kurang dari 6 jam dari waktu yang sepatutnya anda boleh mengambil pil itu seperti biasa, tapi jika lebih dari 6 jam dari waktunya, buang pil itu dan sambung pengambilan pil yang seterusnya pada kesokkan harinya seperti biasa. Jangan ambil 2 pil sekali gus (double dose), amat merBAHAYA! 

KESAN SAMPINGAN DIANE-35.
Sekiranya terdapat gejala-gejala seperti di bawah, sila terus berjumpa Doktor anda
  • Sakit/Kejang Perut atau kembung
  • Perubahan selera makan
  • Bengkak pada payudara,atau ketulan yang sakit
  • kulit menjadi melepuh atau keperangan apabila terkena cahaya matahari
  • Pening atau loya
  • Terdapat bulu di muka (misai atau janggut)
  • Rangsangan Sexual tak terkawal
  • bengkak pada kaki dan buku lali
  • penat dan cepat letih
  • Muntah
  • Penambahan atau pengurangan berat badan secara mendadak.
Kesimpulannya ubat Diane-35 ini selamat untuk digunakan untuk merawat penyakit jerawat yang teruk atau kritikal. Namun penggunaan ubat ini hanyalah untuk merawat jerawat atau kulit sahaja, ubat ini tidak boleh menjadi ubat perancang kehamilan walaupun kandungan ubatnya hampir sama dengan pil perancang kehamilan. Menurut kajian 85% pengguna Diane-35 masih boleh mengandung semasa menggunakan ubat ini. (ubat hendaklah dihentikan sekiranya didapati mengandung!!).

Sekiranya masih ragu-ragu akan keberkesanan dan keperluan Diane-35, sila dapatkan pendapat doktor anda atau sekiranya anda berada di sekitar Kota Bharu, boleh terus ke Poliklinik An-Nisa' Wakaf Che Yeh untuk keterangan lanjut.

Wednesday 27 June 2012

Profile Doktor...


    Profil Doktor/ Pengarah Poliklinik Annisa Wakaf Che Yeh.

Dr Muhammad Fadly Bin Ramly @ Hashim, seorang Doktor bertauliah dan berdaftar di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Beliau berkelulusan MBBS (Medical Bachelor and Bachelor Of Surgery) dari Universiti Islam Antarabangsa. Beliau lahir pada 20 hb Mei 1977 di Sitiawan Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Muhd Saman, sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Maktab Tentera DiRaja (RMC).

Pernah berkhidmat selama hampir 10 tahun bersama Kerajaan Malaysia. Pada peringkat awal karier nya, beliau  telah berkhidmat di Sarawak selama dua tahun sebelum dipinjamkan kepada Kementerian Pertahanan sebagai Pegawai Perubatan Tentera. Semasa berkhidmat di dalam Kor Kesihatan Diraja, beliau pernah menyertai Misi Keamanan PBB (United Nations) di Sahara Barat selama hampir setahun. Beliau juga berkhidmat di Maghribi sebagai penasihat kesihatan UN di Bandar Layounne. Selama 4 tahun bertugas bersama Angkatan Tentera Malaysia, beliau telah melanjutkan pelajaran sebagai Underwater Medical Officer, iaitu perubatan bawah air atau lebih dikenali sebagai Hyperbaric Medicine. Selepas meninggalkan perkhidmatan tentera, Dr. Muhammad Fadly telah menceburi bidang Perubatan Rehabilitasi, di mana beliau berpengalaman dalam merawat pesakit Geriatrik, post-stroke dan pesakit yang mengalami serangan jantung dan angin ahmar serta mereka yang mengalami kecederaan tulang belakang dan lumpuh. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam penjagaan luka terutama luka atau kudis penyakit diabetes dan luka tekanan (pressure sores)

Beliau merupakan seorang Doktor yang berdedikasi tinggi, cekap dan mesra pesakit. Beliau juga melibatkan diri di dalam aktiviti komuniti dan mempunyai iltizam yang tinggi untuk memberi rawatan yang terbaik dan membantu masyarakat setempat menjadi lebih sihat dan menjalani hidup yang lebih berkualiti.

Dr. Muhammad Fadly bin Ramly @ Hashim is a certified Medical Officer registered under Malaysia Medical Council. He graduated from International Islamic University Malaysia with MBBS. He was born on 20th May 1977 and received his primary education at Sekolah Muhd Saman PPL before he proudly joined his Grand Alma Mater; Royal Military College(RMC) for his secondary education.

He has vast experience as working for the government for more than 10 years. For the beginning two years of his carrier, he served at Sarawak, before he enrolled to Royal Medical Corps of Malaysian Armed forces. He served in the Army for almost four years, where he furthers his study in hyperbaric medicine and underwater medicine .In 2006, he was bestowed upon an opportunity to serve the UNITED NATIONs (UN) for almost a year, which he was stationed at Western Sahara, Africa. He also trained in Occupational medicine. He left army in 2008, before he join the Rehabilitation Medicine, where he was exposed on management of Geriatric patient and learned how to manage post-stroke or post heart attack patient. He also trained in wound management especially in diabetic patient and pressure sores.

He is a very dedicated doctor and very friendly. He has high desire or passion in nurturing optimum health in society and patient education is one of his specialties.

KLINIK 24 JAM TERBARU DI KOTA BHARU....

Poliklinik An-Nisa' Wakaf Che Yeh, sebuah klinik menyediakan pelbagai perkhidmatan dari pemeriksaan kesihatan biasa sehingga kepada pemeriksaan kesihatan yang lebih terperinci. Terletak berdekatan dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Taman Guru, menyediakan kemudahan untuk meletak kereta dan beroperasi 24 Jam.

Perkhidmatan yang kami sediakan
  • Klinik Keluarga- merawat dan mencegah penyakit-penyakit kanak-kanak, remaja, dan dewasa
  • Klinik Wanita- merawat dan memberi kaunseling kepada wanita mengenai penyakit dan kecantikan (Doktor Wanita disediakan pada hari Jumaat dan Sabtu, dengan temujanji)
  • Klinik Geriatrik- merawat dan membantu warga emas dalam menjaga kesihatan dan memahami penyakit-penyakit yang mungkin dihidapi oleh mereka
  • Kecemasan- segala kes kecemasan, insyaallah diterima dan akan dibantu sebaik mungkin.
  • Kaunseling mengenai penyakit kronik juga disediakan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 09-7440520, 014-2121521
Lokasi kami:

Pakat maghi ramai-ramai, bukok sokmo!!! weii ... DOKTOR ADO SOKMO...24 JAM SEHARI 7 HARI SEMINGGU....