Thursday 6 June 2013

DIABETES (KENCING MANIS)... faham kah anda?

Penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus, sangat 'popular' di Malaysia. Namun terdapat pelbagai tanggapan atau pendapat mengenai penyakit ini yang ada kala tepat dan ada yang kurang tepat. Di sini saya akan berkongsi beberapa pendapat dan tanggapan tersebut.

1. "kencing manis, maksudnya badan kita banyak gula"- kurang tepat.
 Kencing manis boleh didefinasi untuk orang-orang biasa, sebagai kandungan gula dalam darah yang tinggi. Gula atau glukosa amat diperlukan olah badan (atau sel-sel) untuk pembekalan tenaga. Oleh yang demikian, tanpa gula yang cukup, badan akan menjadi lemah dan boleh memudaratkan. Sebelum gula atau glukosa ini dapat digunakan oleh sel-sel badan, gula (Glukosa) ini diangkut di dalam darah. Bagi seorang penghidap penyakit kencing manis, permasalahan atau punca penyakit berlaku semasa proses pengangkutan gula ini. Gula yang diangkut gagal diserap oleh sel-sel untuk kegunaannya, dan gula-gula ini akhirnya menjadi tepu di dalam darah dan mengakibatkan kencing manis. Oleh yang demikian, kencing manis bermaksud, 'kandungan gula dalam darah tinggi' bukan di dalam badan tapi dalam darah.

2. "Kalau kita mula makan ubat, kena makan ubat seumur hidup"-tidak tepat.
Penghidap kencing manis selalunya mempunyai cara hidup yang agak kurang sihat seperti diet yang terlalu banyak gula dan kanji (karbohidrat) dan cara hidup yang sedentari, atau tidak aktif. Akibat dari cara hidup ini, ketidakseimbangan gula dalam darah berlaku. Pengambilan ubat-ubatan hanyalah untuk membantu pengawalan gula dalam darah. Kata kuncinya 'bantu' bukan menyembuhkan kencing manis. Sekiranya penghidap kencing manis ingin berhenti mengambil ubat, beliau perlu mengubah cara hidup beliau, makan makanan seimbang dan melakukan senaman secara berkala dan berterusan. Permasalahan selalu timbul akibat kebanyakkan pesakit beranggapan ubat adalah untuk mengubati kencing manis,namun sebenarnya ianya hanyalah untuk mengawal gula dalam darah. Untuk merawat kencing manis secara keseluruhan adalah dengan mengubah cara hidup kita. Bila itu tercapai, maka pengambilan ubat boleh dihentikan.


AKAN BERSAMBUNG......