Saturday 19 April 2014

Klinik untuk dijual....


Saya ingin menjual klinik saya yang berada di wakaf Che Yeh, Kota Bharu.
Saya terpaksa kembali ke kampung halaman..

Siapa berminat sila hubungi saya (DrFadly) di nombor telefon 0142121521
HARGA:RM180K

Klinik telah beroperasi lebih 3 tahun, mempunyai 10000 daftar pesakit.
Peralatan serba lengkap
i. mesin ECG
ii. steriliser
iii. FBC machine
iv. Urinalyser

Kadar pendapatan kasar sebulan RM28k-35K
Tempat letak kereta yang mudah dan selamat.


Sunday 13 April 2014

Demam Denggi

Demam denggi, penyakit berbahaya disebabkan oleh virus bawaan nyamuk aedes.

Demam ini telah meragut nyawa sebanyak 63 orang di seluruh malaysia dari 1 Januari 2014 hingga sekarang.

Walaupun negeri yang mempunyai rekod  denngi tertinggi adalah Selangor, di daerah Kota Bharu, kadar jangkitan Demam Denggi amat mengerunkan.

Di klinik saya, boleh dikatakan setiap minggu terdapat 1-2 pesakit yg dihantar ke hospital akibat positif Denggi.

Demam ini  amat penting untuk dikesan awal, kerana dengan rehidrasi (masuk air) yang cukup, penyakit denggi tidak akan menghadapi sebarang masalah.

Bagaimana mengesan Demam Denggi?
1) Demam yang tinggi (panas), suhu badan diantara 39-40 degree celsius (walaupun mengambil PANADOL, suhu badan hanya turun sedikit, tidak kembali normal).

jika terdapat dua dari symptoms (gejala-gejala) di bawah.
1) tiada selera makan
2) sakit urat, belakang atau pinggang (yang kuat dan berlarutan)
3) sakit di belakang mata
4) cirit birit atau sakit perut
5) pening dan/atau muntah
6) sakit kepala yang teruk

* sila ke klinik kerajaan /swasta yang berhampiran

sekiranya terdapat tanda seperti ini
1) pendarah gusi (yang x pernah berlaku sebelum ini...hanya waktu kita demam sahaja. Jika gusi selalu berdarah sila jumpa Dr gigi)
2) tidak kencing selama 1 hari
3) menjadi tidak keruan

*sila rujuk ke hospital kerajaan yang berdekatan


rujuk lah kepada Doktor jika demam anda berlarutan lebih 3 hari... jangan hanya beli ubat di farmasi, membahayakan diri anda...

Mengapa denggi masih merebak?
1) kegagalan masyarakat menjaga kebersihan kawasan
2) Mengambil mudah mengenai penyakit ini.
3) Tidak mengambil tindakan pencegahan yang sepatutnya (seperti memakai kelambu sewaktu tidur)

4) Menganggap diri kebal dari gigitan nyamuk

 Oleh yang demikian, jaga kebersihan kawasan kejiranan anda, ambil tindakan pencegahan (memakai kelambu, insect repellat). Yang amat penting, jika demam terlalu panas walaupun sehari, sila rujuk kepada Doktor untuk tindakan selanjutnya.

Fun facts:
1) seekor nyamuk betina boleh menghasilkan 700 ekor nyamuk dalam satu kitaran hidupnya
2) hanya dengan satu gigitan, penyakit denggi akan menjangkiti anda
3) telur nyamuk aedes mempunyai daya tahan yg kuat, masih bertahan selama 6 bulan tanpa air (maksud sekiranya ia kering selama 5 bulan 29 hari, tiba terkena air atau direndam di dalam air, dia akan hidup kembali, dan dapat meng hasil seekor nyamuk)
4) Walaupun rumah anda bersih dari tempat pembiakkan nyamuk, jika jiran anda tidak, anda mungkin berisiko mendapat denggi, kerana nyamuk Aedes terbang sejauh 200 meter radius.

oleh itu jaga kesihatan anda, kerana ianya amanah Allah..