Thursday, 28 June 2012

DIANE-35: Pil Perancang untuk Kecantikan...Selamat Ker?


Baru-baru ini saya terbaca di dalam surat khabar, yang memperkatakan tentang ubat hormon atau pil perancang yang digunakan untuk merawat masalah jerawat. Di dalam artikel itu, penulis menunjukkan kebimbangan mengenai keselamatan atau kesesuaian penggunaan ubat tersebut. Jadi saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi mengenai penggunaan ubat hormon atau pil perancang sebagai ubat merawat masalah acne atau jerawat.

Ubat yang selalu digunakan untuk tujuan ini dikenali sebagai Diane-35. Ubat ini mengandungi dua bahan aktif iaitu cyproterone dan ethinyl estradiol. Cyproterone tergolong dalam kumpulan antiandrogens manakala Ethinyl Estradiol pula adalah dari kumpulan estrogen. Gabungan bahan ini digunakan mengawal kitaran hormon kulit agar jerawat dapat di halang.Sebelum kita pergi lebih mendalam apa kata kita kenali dulu apa itu jerawat.


BAGAIMANA JERAWAT TERJADI?
Jerawat atau acne berpunca dari ketidakseimbangan kulit. Tiga faktor penyebab ketidakseimbangan ini iaitu
1) Jangkitan kuman- menyembangkan radang pada kulit
2) Penghasilan sebum yang banyak oleh kulit- proses ini dikawal oleh beberapa hormon seperti androgen yang meningkatkan penghasilan dan rembesan sebum; menyebabkan kulit berminyak.

3) Hormon yang tidak seimbang- Hormon androgen menyebabkan sumbatan pada follikel roma, akibatnya 'comedones' terhasil.



Radang kulit merupakan penyebab utama penghasilan jerawat atau acne ini.





B. Folikel roma yang tersumbat oleh cells squamous yg tak normal (disebabkan hormon)

C. kelenjar Sebaceous menjadi hyperactive, membengkak. (radang) , 'Comedones'

D& E. kelenjar semakin membengkak dan jangkitan kuman (seperti Propionibacterium acnes) membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

Kesimpulannya Jerawat terjadi hanya kerana hormon adrogen yang tidak seimbang malah berlebihan.






BAGAIMANA DIANE 35 MEMBANTU DALAM RAWATAN JERAWAT atau ACNE?

Pengambilan ubat Diane 35 akan membantu mengawal kitaran hormon adrogen yang mempunyai kesan yang besar terhadap pertumbuhan Jerawat. Sebelum ini ada saya nyatakan yang kandungan ubat Diane 35 adalah  cyproterone dan ethinyl estradiol, cyproterone adalah anti-adrogen dan ethinyl estradiol pula adalah estrogen. Dengan menghalang adrogen dan mengekalkan tahap estrogen yang normal, penghasilan dan rembesan sebum dapat dikurangkan. Tanpa androgen, kulit akan menjadi kurang berminyak dan tiada penghasilan comoden dari folikel yang tersumbat. Namun untuk menghalang jangkitan kuman, antibiotik perlu diambil. Oleh yang demikian, selalunya Diane 35 diambil bersama antibiotik seperti Doxycycline atau clindamycin, untuk merawat jerawat dengan lebih berkesan.


ADAKAH SEMUA ORANG BOLEH MENGAMBIL DIANE 35?

Seperti dengan ubat-ubatan yang lain, pengambilan Diane terhad kepada pesakit tertentu, dan sebelum memulakan rawatan sila hubungi atau berjumpa dengan Doktor anda. Kepada pesakit-pesakit yang mempunyai penyakit serti di bawah pengambilan Diane 35 mungkin memberhayakan.
  • alahan kepada cyproterone atau ethinyl estradiol atau bahan lain dalam ubat ini
  • Sekiranya atau disyaki mengandung
  • sejarah penyakit hempedu/ demam kuning
  • Menghidapi penyakit hati atau kanser hati
  • Masalah penglihatan disebab penyakit pembuluh darah
  • Menghidapi atau pernah dirawat sebagai pesakit pembuluh darah atau sistem pembekuan darah.
  • Masalah pendengaran ketika mengandung
  • Disyaki atau menghidapi barah payudara
  • Disyaki atau menghidapi barah yang berkait rapat dengan estrogen
  • Penyakit kencing manis dengan komplikasi pembuluh darah
  • Pendarahan dari vaginal yang tidak dapat didiagnos.
BAGAIMANA MENGAMBIL DIANE-35?

Pengambilan pil Diane 35 mestilah diambil pada hari pertama period atau haid. Pil Diane diambil sebiji satu kali sehari dan WAJIB diambil pada waktu yang sama. Ubat ini diambil untuk kitaran selama 28 hari, ianya mempunyai 21 biji, di mana 7 hari semasa tiada pil, pendarahan akan berlaku (haid).
Jika berlaku pendarahan semasa 3 minggu waktu pengambilan pil, sila hubungi Doktor anda.
Jika tiada pendarahan berlaku semasa 7 hari tanpa pil, sila hubungi Doktor anda.
Sekiranya anda terlupa untuk mengambil pil pada waktu yang ditetapkan; sekiranya kurang dari 6 jam dari waktu yang sepatutnya anda boleh mengambil pil itu seperti biasa, tapi jika lebih dari 6 jam dari waktunya, buang pil itu dan sambung pengambilan pil yang seterusnya pada kesokkan harinya seperti biasa. Jangan ambil 2 pil sekali gus (double dose), amat merBAHAYA! 

KESAN SAMPINGAN DIANE-35.
Sekiranya terdapat gejala-gejala seperti di bawah, sila terus berjumpa Doktor anda
  • Sakit/Kejang Perut atau kembung
  • Perubahan selera makan
  • Bengkak pada payudara,atau ketulan yang sakit
  • kulit menjadi melepuh atau keperangan apabila terkena cahaya matahari
  • Pening atau loya
  • Terdapat bulu di muka (misai atau janggut)
  • Rangsangan Sexual tak terkawal
  • bengkak pada kaki dan buku lali
  • penat dan cepat letih
  • Muntah
  • Penambahan atau pengurangan berat badan secara mendadak.
Kesimpulannya ubat Diane-35 ini selamat untuk digunakan untuk merawat penyakit jerawat yang teruk atau kritikal. Namun penggunaan ubat ini hanyalah untuk merawat jerawat atau kulit sahaja, ubat ini tidak boleh menjadi ubat perancang kehamilan walaupun kandungan ubatnya hampir sama dengan pil perancang kehamilan. Menurut kajian 85% pengguna Diane-35 masih boleh mengandung semasa menggunakan ubat ini. (ubat hendaklah dihentikan sekiranya didapati mengandung!!).

Sekiranya masih ragu-ragu akan keberkesanan dan keperluan Diane-35, sila dapatkan pendapat doktor anda atau sekiranya anda berada di sekitar Kota Bharu, boleh terus ke Poliklinik An-Nisa' Wakaf Che Yeh untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment